Monday, September 24, 2018

Tugasan TITAS

Bab A: Pengenalan
Objektif Tugasan dan Metodologi yang digunakan
Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan, kumpulan kami terdiri daripada 10 orang pelajar. Tugasan ini dijalankan mengikut skop tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kami perlu bekerjasama supaya tugasan tersebut dapat diselesaikan pada masa yang tepat. Tugasan ini bermatlamat untuk mengecapi objektif-objektif yang berikut. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti tamadun yang bertembung dengan Tamadun Islam disebabkan oleh perbezaan budaya. Objektif yang seterusnya adalah untuk mengkaji kesan-kesan pertembungan tamadun Sepanyol, China, India dan Eropah terhadap Tamadun Islam dalam segi politik, ekonomi dan sosial. Selain daripada itu, objektif yang ketiga adalah untuk menganalisis sumbangan pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain terhadap pembangunan Tamadun Islam. Objektif yang terakhir merupakan penyuburan kesedaran tentang kepentingan pertembungan budaya antara Tamadun Islam dengan tamadun lain.
Tugasan berkumpulan ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai cara pengkajian, antaranya ialah metodologi pendidikan di perpustakaan. Ketua kumpulan menetapkan masa yang sesuai setiap minggu dan kami sebagai kumpulan pergi ke perpustakaan untuk merujuk jurnal elektronik dan artikel di perpustakaan. Selain daripada itu, cara pengajian yang digunakan ialah metodologi rujukan laman web. Kami telah melayari laman web untuk mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kami. Seterusnya, kami meneliti bahan-bahan rujukan tersebut untuk mengenal pasti informasi-informasi yang penting. Tambahan pula, fail-fail yang ditemui melalui laman web juga dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

Latar Belakang
Tamadun bermaksud taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Kini, tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Sebuah tamadun mestilah mempunyai ciri-ciri seperti adanya sistem kepercayaan dan agama, kewujudan penempatan masyarakat, sistem organisasi dan institusi sosial, sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya. Selain itu, kualiti kehidupan dan jangka hayat masyarakat haruslah mempunyai peningkatan. Sebuah tamadun juga perlu adanya kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan (Adibah Sulaiman, 2011). Secara umum, kebanyakan tamadun terbentuk di lembah sungai. Namun demikian, Tamadun Islam adalah unik kerana mereka wujud dari tempat terpencil seperti di padang pasir yang kering kontang dan panas, iaitu Hijaz. Di samping itu, tamadun Islam ialah berasaskan pemikiran dan ajaran agama dan merupakan anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia. Terdapat beberapa perbezaan perspektif tentang konsep Tamadun Islam dari sudut Barat dan Islam. Salah satunya ialah istilah tamadun. Sejarahwan Barat manganggap Tamadun Islam sebagai tamadun kepandaian masyarakat mengekspoitasi material. Namun demikian, Ibn Khaldun menyatakan bahawa Tamadun Islam ialah apabila peringkat penyempurnaan (tahsiniyyah) dicapai setelah perkara asas (daruriyyah) dan keperluan (hajiyyah) dilengkapkan. Terdapat tiga asas tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Penyebaran budaya Tamadun Islam berlaku dengan rancak semasa zaman kegemilangan Tamadun Islam iaitu semasa zaman Kerajaan Abbasiyah pada tahun 750-1250 AD. Budaya Tamadun Islam merangkumi aspek kesenian, falsafah dan penterjemahan, sains dan perubatan, seni bina dan kejuruteraan dan kesusasteraan. Penyebaran budaya Tamadun Islam bukan sahaja berlaku dalam negeri tetapi secara antarabangsa. Antara faktor-faktor berlakunya penyebaran Islam secara antarabangsa ialah kekuatan pasukan tentera Islam. Tentera Islam Zaman Uthmaniyah membentuk semangat ghazi, iaitu semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan agama Islam. Kesannya, Tamadun Islam berjaya memperluaskan kuasa ke Eropah. Seterusnya, dasar pemerintahan Islam yang mulia dan bersifat terbuka juga memudahkan penerimaan budaya Tamadun Islam oleh kerajaan yang ditembung biar kerana hubungan perdagangan, diplomatik atau penaklukan. Selain itu, pendakwah Islam mengembara dunia untuk menyebarkan ajaran agama Islam yang disanjungi oleh masyarakat bukan Islam. Contohnya, dasar diplomasi dan toleransi masyarakat Islam. Rakyat bukan Islam tidak dipaksa oleh pemerintah untuk memeluk Islam. Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu dan bukan berdasarkan keturunan juga menarik minat penduduk untuk memeluk Islam. Di samping itu, Islam mudah difahami, sentiasa rasianol dan amat sesuai bagi semua orang pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah S.W.T. ialah mereka yang bertakwa. Penyebaran budaya Islam membawa kepada perkongsian ilmu pengetahuan antara tamadun-tamadun. Ia juga menyebabkan berlakunya integrasi budaya Islam dengan budaya asing.
Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain telah memberi kesan dalam sektor politik, ekonomi dan sosial. Impak yang dijanakan oleh pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Sepanyol ialah penyebaran pengaruh dan budaya agama Islam. Sebagai contoh kewujudan golongan Mozarab, iaitu orang Kristian yang mengamalkan budaya Islam pada zaman itu. Bahasa Arab juga merupakan bahasa utama di Sepanyol. Ini telah membuktikan bahawa pengaruh dan budaya agama Islam telah disebarkan melalui pertembungan tersebut. Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun China pula memberi kesan seperti kemajuan dari segi teknologi dan perubatan, pembinaan, pelayaran dan astronomi. Seterusnya, pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun India pula menyumbang kepada perkembangan aspek kesusateraan seperti dalam sudut pendidikan, bahasa, penterjemahan, seni lukis, seni bina dan astronomi. Akhirnya, pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Yunani turut memberi kesan yang signifikan, iaitu pencapaian dalam bidang Sains dan Teknologi masyarakat Islam seperti bidang astronomi, matematik, perubatan dan sebagainya.

Bab B: Perbincangan dan analisis
Fakta 1: Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Sepanyol
Dalam pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Sepanyol, amalan dan budaya yang berbeza dari segi bahasa pertuturan, amalan harian dan juga agama merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya pertembungan. Pemimpin-pemimpin Islam telah berjaya menggunakan medium ini untuk menyebarkan pengaruh. Hal ini demikian kerana kegemilangan dan pencapaian tinggi tamadun Islam pada masa itu telah menimbulkan kemahuan untuk menyebarkan kuasa.
Pada waktu itu, aktiviti penyebaran telah berlaku di bandar-bandar utama Sepanyol. Buktinya, sebelum kehadiran Islam, Sepanyol mengamalkan pemerintahan Visigoth secara kuku besi yang jelasnya menindas golongan bawahan (Mohtar, 2016), di mana  sebahagian besar masyarakat pada masa itu dibesarkan dalam kejahilan serta dipaksa menjadi hamba. Oleh itu, kedatangan Islam telah melahirkan golongan Mozarab, iaitu golongan orang Kristian yang mengamalkan budaya Islam (Jumali, 2008). Dalam era penguasaan Islam, golongan ini dapat menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam.
Seterusnya, ilmu serta pengetahuan masyarakat Sepanyol amat diambil berat oleh pemimpin Islam pada era penyebaran pengaruh tamadun Islam di Sepanyol. Melalui pengaruh yang disebar, kemahuan masyarakat Sepanyol untuk menyerap ilmu ketamadunan telah timbul dan ini telah melahirkan aktiviti penterjemahan. Buktinya, sebahagian besar daripada usaha penterjemahan tersebut dilakukan oleh cendekiawan di Universiti Islam di Sepanyol (Faham Tamadun Islam). Proses yang telah berlangsung selama dua abad sehingga akhir abad ke-13 Masihi ini, merangkumi penterjemahan buku-buku bahasa Arab ke dalam bahasa Latin dan juga bahasa Eropah yang lain. Tambahan pula, kegiatan bangsa Eropah telah membawa kepada pendirian institusi penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi akademik, seperti institusi penterjemahan di Toledo yang menterjemahkan bidang falsafah serta sains dan teknologi. Contoh buku Sains yang diterjemahkan ialah “Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak” karya Al Farghani yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan “Al Tarikh Al Jalali” karya Umar al Khayyam yang diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan Latin.
Di samping itu, pertembungan dengan tamadun Sepanyol telah mengakibatkan perkongsian ilmu dari segi ekonomi. Contohnya, menurut P.K.Hitti, ilmu dalam bidang kewangan telah dikongsi. Sebagai bukti, menurut beliau, pendapatan Sepanyol pada waktu itu berjumlah 6245000 dinar dan semuanya merupakan hasil daripada kemajuan perdagangan dalam negara itu. Pendapatan tersebut telah digunakan untuk ketenteraan, pembangunan dan disimpan dalam perbendaharaan negara. Masyarakat Arab juga telah memperkenalkan sistem pertanian yang sistematik di Sepanyol dan ini telah menjadi sumbangan orang Arab dan Islam terhadap Sepanyol (Faham Tamadun Islam). Dengan ini , aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian telah berkembang dengan pesat. Oleh itu, hasil perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi keperluan dalam negeri.

Fakta 2: Pertembungan Budaya Tamadun Islam dengan Tamadun China
Pertembungan Budaya Tamadun Islam dan Tamadun China bermula apabila Penganut Islam Arab berdakwah di China. Contohnya, Tokoh Islam Saad bin Lubayd menyebarkan Islam di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton pada 630/631M (Harjin, 2012). Penyebaran Islam serta budaya Islam dapat berlaku kerana perbezaan dari segi budaya dan agama antara Tamadun Islam dan Tamadun China. Misalnya, Orang Arab beragama Islam manakala Orang Tamadun China beragama Buddha serta mempunyai kepercayaan konfiunisme, daoisme atau animism.

Penyebaran budaya tersebut terbukti melalui pembinaan banyak masjid seperti Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin Se di China. Selain itu, pada zaman Dinasti Tang, Saad bin Abi Waqas, Panglima Perang Laut juga  telah menyebarkan ajaran Islam ke China.
Selain daripada pembinaan masjid dan bangunan dan struktur yang mempamerkan kebudayaan Islam, munculnya penganut agama Islam dalam kalangan masyarakat China. Contohnya, populasi muslim di China meninggi dan mempunyai suku penganut terbesar pada era Dinasti Yuan. Orang Dashi iaitu istilah yang digunakan untuk melambang orang Islam pada dinasti itu. Perkahwinan terlah berlaku antara orang Dashi dengan orang lokal di China (Basuki, 2017). Pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun Islam juga terbukti dengan kemunculan beberapa tokoh Islam di China seperti Yusof Ma Zhu yang dilahirkan di Yunnan dan banyak membuat penyelidikan mengenai Islam serta Liu Zhi dari Nanjing yang merupakan penulis karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam).

Pertembungan budaya tamadun Islam dengan Tamadun China berjaya memberi sumbangan dalam pelbagai jenis bidang melalui pertembungan budaya dan ilmu pengetahuan. Contohnya,  bidang teknologi dan ilmu perubatan, pelayaran serta sumbangan dalam bidang astronomi dan matematik yang baru di Tamadun China (Harjin, 2012). Buktinya, kaedah dan bahan perubatan Arab telah dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan tradisional China dan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Di samping itu, dari aspek sains dan matematik, strategi Xiyi Lishu (sebagai kaedah pengiraan Arab), Chiu Ji Li (kaedah 60 darjah), algebra dan trigonometri yang semua telah diperkenalkan aoleh orang Islam di China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Begitu juga, masyarakat tamadun China telah mengabungkan elemen tempatan dengan senibina Islam seperti masjid untuk penyesuaian keadaan di situ. Misalnya,  Masjid Niujie di Beijing dan Masjid Huaje Lane di Xian, China yang berusia 700 tahun. Tambahan pula, dari segi pelayaran, perkembangan strategi dan teknik pelayaran Tamadun China banyak dipengaruhi oleh orang Arab Islam. Contoh yang penting fakta ini ialah Laksamana Cheng Ho (dari Tamadun China) yang beragama Islam merupakan tokoh Tamadun China yang penting dalam memulakan pelayaran Tamadun China ke Asia Tenggara. Seterusnya dalam bidang astronomi, makmal kaji bintang telah dibina pada zaman Dinasti Yuan oleh Tcha-MA-Lou-Tin (Jamaludin) dari Parsi. Pada masa yang sama, beliau telah mencipta 7 alat astronomi dan menterjemahkan nama bintang daripada Bahasa Arab ke Bahasa China.

Akhirnya, pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun China juga melahirkan bangsa yang baru. Pelbagai bangsa yang beragama Islam seperti Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar dan Baoan telah mendiami di Tamadun China pada zaman Dinasti Han . Pergabungan semua bangsa daripada para golongan Islam telah muncul suatu bangsa yang baru di China iaitu kaum Hui pada tahun 1911 yang merupakan antara kaum terbesar di China hari ini (Widodo, 2018).

Fakta 3: Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun India
Pada abad ke-5 Masihi telah mendapat pertempatan orang-orang Arab di persisiran pantai India. Hubungan antara orang-orang Arab telah berlaku sejak zaman kerajaan Ma’in dan Saba’ di Arab Selatan (Ustaz, n.d.). Hubungan awal Tamadun India dengan Tamadun Islam, iaitu melalui laluan lautan Hindi. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab termasuklah pedang, kain dan yang paling penting dan utama ialah hasil rempah.

Agama Islam telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun demikian kedudukan masih lemah. Pelbagai cara telah diguna oleh Tamadun Islam untuk menyebarkan pengaruh di Tamadun India. Dan perdagangan yang telah dibincangkan merupakan cara yang paling awal dan juga aman. Seterusnya, pengaruh Islam juga tersebar ke India melalui peperangan. Hal ini boleh dilihat semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab pada abad ke 7 Masihi, Islam sampai ke kawasan pantai Sind di India.

Penubuhan kerajaan Islam di India yang pertama adalah Kerajaan Subaktigin pada 1004-1186 Masihi. Sultan Mahmud al-Ghaznawi merupakan pemimpin yang memimpin Kerajaan Subaktigin ke tahap kegemilangan. Baginda telah meluaskan tanah pemerintahan dengan penguasaan sebuah wilayah yang luas di India. Hal ini menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya di bahagian utara India. Di samping itu, kerajaan yang kedua ialah Kerajaan Ghuri. Kerajaan Ghuri diasaskan oleh Alaudin Hussien al-Ghuri yang menguasai wilayah Punjab dan Sind. Kerajaan Ghuri juga menyatukan masyarakat India di bawah kekusaan Islam dan juga memberi kebebasan beragama kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam pemerintahan Alaudin Hussien al Ghuri, baginda telah menjalankan pemerintahan yang adil dan juga mendirikan masjib dan memajukan ilmu pengetahuan. Kerajaan Tughluq merupakan kerajaan ketiga yang diasaskan oleh Ghitauddin Tughluq. Kesultanan Moghul merupakan kerajaan yang keempat di India. Interaksi antara Tamadun Islam dan India berlaku amat pesat semasa pemerintahan Akbar yang tidak membezakan antara orang-orang Islam dengan bukan Islam. Baginda merupakan seorang tokoh yang kontroversi dan juga mengaplikasikan sistem pentadbiran bercorak autokrasi. Baginda mengambil penasihat daripada kalangan orang-orang Islam dan Hindu.

Pertembungan antara Tamadun Islam dan Tamadun India telah menyumbang terhadap sistem pendidikan. Contohnya, bidang ilmu seperti kesusasteraan, seni bina, matematik dan astronomi telah diperkenalkan. Ahli astronomi telah meminjam terma astronomi, pengiraan longitud dan latitud bumi, pengiraan kalendar, bidang horoskop dan bidang perubatan. Masjid berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu asas Islam. Pada masa itu, tertubuhnya madrasah dan institusi pendidikan. Dari segi seni bina, kubah dan menara yang terdapat di semua masjid merupakan hasil ciptaan orang islam. Orang Islam juga memperkenalkan penggunaan konkrit dan motar, serta alat geometri dalam pembinaan bangunan. Pada peringkat awal, bangunan yang dibina oleh pemerintah Islam di India memperlihatkan bentuk seni bina Mesopotamia-Parsi yang tulen. Setelah orang Islam bertapak kukuh di benua Islam, maka berlaku pertembungan antara seni bina Islam dan penduduk tempatan. Seni bina Indo-Islam lebih jelas pada zaman kerajaan Moghul. Seni bina yang banyak memberi pengaruh hebat dalam Islam ialam Taj Mahal dan Qutb Minar. Agama Sikh muncul di India sekitar abad ke-15 Masehi. Agama ini merupakan gabungan unsur keagamaan yang ada dalam Islam dan Hindu. Kabir yang tidak memahami secara mendalam ajaran Islam terpengaruh dengan persekitaran kehidupan masyarakat Hindu. Atas daya usaha Guru Nanak, maka ajaran ini berkembang pesat di India. Selain itu, terdapat kemunculan bahasa Urdu pada waktu kesultanan Islam Delhi. Bahasa Urdu merupakan bahasa campuran Sanskrit, Parsi, Turki, dan Arab (Zaini, n.d.). Pemerintah muslim menterjemahkan karya-karya Hindu untuk motif kesarjanaan. Contoh terjemahan ialah Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata Purana (Prezi, n.d.).

Fakta 4: Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Eropah
         Istilah sains berasal dari perkataan ​scientica yang merupakan perkataan Latin yang mempunyai maksud pengetahuan atau ilmu. Perkataan teknologi pula berasal daripada perkataan ​techne yang membawa maksud seni atau kerja tangan serta perkataan ​logos iaitu wacana atau kata-kata sistematik. Teknologi merupakan ilmu teknik yang berkaitan dengan aplikasi ilmu sains untuk tujuan amali seperti pembuatan hasil jentera industri dan lain-lain. Sains merupakan ilmu teoritikal manakal teknologi merupakan aplikasi praktikal. Oleh itu, jelaslah bahawa sains dan teknologi mempunyai antara satu sama lain.
  Terdapat perbezaan yang ketara antara sains dan teknologi dari perspektif Islam dan Barat. Sejarawan barat lebih mementingkan nilai materialistik dan sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan urusan dunia seperti isu-isu politik dan sosial. Unsur-unsur metafizik, falsafah dan agama telah dipisahkan dalam sains Barat. Di samping itu, sains Barat juga memberi penekanan pada kerasionalan. Sebarang fakta dan kenyataan haruslah dibuat berdasarkan bukti yang kukuh.
  Sains Islam pula berdasarkan tawhid dan keimanan kepada Allah. Islam berpendapat bahawa tujuan sains adalah untuk mematuhi suruhan Allah dan mengesakanNya. Aspek rohani amat diutamakan. Selain itu, dari segi sosial, sains mengutamakan kepentingan awam. Hasil yang diperoleh adalah untuk kegunaan dan kebaikan seluruh komuniti. Dalam konteks ini, ilmu yang diperoleh perlulah dikongsi dan tidak sepatutnya digunakan sebagai barang pertukaran demi tujuan jual beli.
  Pada abad ke-12, pertembungan antara Tamadun Islam dan Tamadun Eropah semasa telah berlaku di Andalusia iaitu pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III . Selepas kehadiran Islam, Andalusia menjadi tempat utama pertembungan dan pusat kecemerlangan sains dan teknologi. Sebelumnya, masyarakat Kristian hidup dalam kegelapan dan kejahilan. Implikasinya, pertembungan antara Tamadun Islam di Eropah telah membawa pelbagai jenis perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang akan dibincangkan seterusnya.     
  Dalam bidang astronomi, masyarakat Barat telah detembusi oleh hasilan astronomi Islam, Abu Mashar terhadap teori yang hampir tepat mengenai sebab-musabab pasang surut dan panjang darjah bumi. Selain itu,  Astrolobe yang digunakan oleh orang Eropah sehingga kurun ke-12 M merupakan hasilan astronomi Islam Andulusia, Ma Sha’allah. Alat ini talah memberikan ukuran saiz bumi yang lebih tepat  berbanding dengan alat orang Greek sebelum ini. Selain, daripada bidang Matematik, sarjana Islam juga memajukan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dan telah menghasilkan karya yang lebih bermutu daripada capaian orang Yunani. Contohnya, bidang algebra dan trigonometri. Angka Matematik, huruf al-ghubbaar juga dikenalkan oleh ahli Matematik Andalusia kepada dunia.
  Selain itu, tamadun juga memberikan sumbangan dalam bidang Kimia. Pengetahuan Kimia orang Greek telah diperbaiki oleh sarjana Islam. Asid sulfurik, asid nitric, dan asid nitro muriatik telah ditemui oleh seorang ahli kimia ulung Andulisia, iaitu Jabir. Ahli kimia Islam abad pertengahan telah banyak dipuji oleh ahli kimia moden terhadap pengetahuan kimia mereka ynag mendalam. Dalam bidang Perubatan pula, terdapat beberapa sarjana Islam yang amat terkenal dalam bidang ini. Salah satu sarjana Islam ialah Abu Marwan ibn Zuhr. Beliau amat terkenal sebagai seorang yang berkebolehan dalam bidang perubatan dan farmasi di Andalusia dan Afrika Utara. Eksperimen asal dalam bidang perawatan dan menerangkan tentang penyakit tumor juga dijalankan oleh beliau.
  Tambahan pula, sarjana Islam Andalusia juga membawa sumbangan terhadap bidang Botani. ”Kitab Al-Qasd waal-Bayan”, karya baik megenai Botani yang telah digunakan dengan meluasnya merupakan hasilan ahli Botani Islam Andalusia yang bernama Ibn Bassal. Selain daripada sumbangan dalam hasil karya, ahli-ahli sarjana Islam juga menyumbangkan hasil intelektual mereka dalam system pengairan, penanaman, pertanian, pembajaan, pengenalan pokok buah-buahan, dan tumbuh-tumbuhan dari timur.
    Kesimpulannya, tamdaun Islam telah banyak menyumbangan bidang sains dan teknologi kepda Eropah semasa pertembungan.


Bab C: Pandangan Pelajar

Pada pendapat saya, tajuk tugasan kita amatlah menarik kerana perbezaan budaya antara tamadun-tamadun dapat dilihat sehingga hari ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam sebab-sebab perbezaan budaya berlaku, iaitu kerana wujudnya pertembungan tamadun. Dengan adanya kesedaran tentang kepentingan pertembungan tamadun yang membawa kepada pelbagai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, saya lebih menghargai sejarah wujudnya perbezaan budaya antara pelbagai tamadun seperti Tamadun Islam, Tamadun Yunani, Tamadun China, Tamadun Sepanyol dan Tamadun India. Kini, saya dapat menghayati sumbangan-sumbangan pelbagai tamadun terhadap pembangunan dan perkembangan negara kita. Di samping itu, saya juga memahami walaupun setiap tamadun mempunyai budaya yang berbeza, kita semua mempunyai nilai yang sejagat dan sepunya. Ini menyatukan tamadun-tamadun bagi membentuk perpaduan dan keharmonian. Akhir sekali, saya berasa sungguh gembira dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan ini.


RUJUKAN

Abd, AH. (n.d.). Tamadun Islam di India. Dimuat turun daripada http://az-ctu551.blogspot.com/2012/05/tamadun-islam-di-india.html

Adibah Sulaiman, M.S. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Negeri Sembilan Daruk Khusus: Universiti Sains Islam Malaysia. Dimuat turun daripada https://fastnote.wordpress.com/faktor-penyebaran-islam-di-nusantara/
file:///D:/Downloads/Tamadun%20Islam%20Dan%20Tamadun%20Asia%20(TITAS)25.pdf

Basuki, N (2017). Islam di Masa Kedinastian Cina. Dimuat turun daripada https://historia.id/agama/articles/islam-di-masa-kedinastian-cina-PzMKy

Esa Khalid, (2001), Konsep Tamadun Islam Sains dan Teknologi, Skudai, Johor, Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 40-58

Faham Tamadun Islam. Dimuat turun daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-tamadun-islam-ke-eropah.html

Harjin, AA (2012). Tamadun Islam di China. Dimuat turun daripada
https://historia.id/agama/articles/islam-di-masa-kedinastian-cina-PzMKy

Jumali (2008). Struktur Masyarakat di Eropah. Dimuat turun daripada https://prezi.com/3hmkfkfjnjxl/perkembangan-dan-sumbangan-islam-di-sepanyol/

Mohd Roslan Mohd Nor. (n.d.). Kewujudan Sains dan Teknologi di Andalusia, dipetik pada 1 September 2018. Dimuat daripada http://eprints.um.edu.my/2397/1/sains_andalusia.pdf


Mohtar, NF (2016). Perkembangan dan Sumbangan Tamadun Islam di Sepanyol. Dimuat turun daripada https://prezi.com/3hmkfkfjnjxl/perkembangan-dan-sumbangan-islam-di-sepanyol/


Prezi (n.d.). Interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam. Dimuat turun daripada https://prezi.com/m/iibreotbf4zj/interaksi-tamadun-india-dan-tamadun-islam/

Universiti Teknologi Malaysia. (2015). Perbandingan Sains dan Teknologi menurut Islam dan Barat, dipetik pada 1 September 2018. Dimuat turun daripada http://islamic.utm.my/ajmain/2015/12/30/perbandingan-sains-dan-teknologi-menurut-islam-d an-barat-29/

Ustaz, AA (n.d.). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dimuat turun daripada http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-tamadun.htm

Widodo, WS (2018). Mengenai Suku Hui, Suku Muslim Minoritas di China. Dimuat turun daripada https://travel.detik.com/international-destination/d-4069802/mengenal-suku-hui-suku-muslim-minoritas-di-china

Zaini, SAB (n.d.). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/mobile/sitiadilazaini/slide-pengaruh-islam-dalam-tamadun-india






No comments:

Post a Comment