Saturday, November 26, 2016
Friday, November 25, 2016
SEJARAH KERTAS 3
TINGKATAN 4
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Soalan:
Masyarakat Eropah telah mengalamai zaman sulam
selama 1000 tahun yang dikenali sebagai Zaman Gelap. Namun begitu, dengan
kecekalan, ketabahan dan semangat inkuiri yang ada telah membangkitkanmereka
hingga menjadi Negara maju pada hari ini.
Huraikan perubahan yang berlaku di Eropah sehingga
tercetusnya Zaman Renaissance padaabad ke-16 dan kesannya kepada peradahan
dunia.
1.
Jelaskan latar belakang perubahan
masyarakat di budaya Eropah dari Zaman Gelap sehingga membawa kepada
tercetusnya Renaissance.
·
Merupakan peringkat awal Zaman
Pertengahan
·
Zaman Pertengahan terbahagi kepada tiga
iaitu pertengahan awal (Tahun
476M-1050M), peringkat kemuncak (Tahun 1050M-1300M) dan peringkat akhir (Tahun
1300M-1450M)
·
Peringkat akhir Zaman Gelap muncul Zaman
Renaissance (Tahun 1350M-1600M)
·
Zaman Gelap mengalami kemerosotan dalam
bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan pembandaran
·
Dari aspek politik tidak terdapat
pentadbiran pusat yang berkesan
·
Namun begitu masyarakat Eropah bangkit
menjadi kuasa benar yang digeruni hasil perubahan dan cara hidup masyarakat
Eropah itu sendiri
2.
Ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah bermula
selepas kejatuhan tamadun Rom.
i)
Terangkan cirri-ciri kehidupan
masyarakat Eropah pada Zaman Gelap serta faktor-faktor yang membawa tercetusnya
Zaman renaissance pada abad ke-16.
· Zaman
Gelap di Eropah bermula selepaskejatuhan kerajaan Rom Barat
· Masyarakat
hidup dalam keadaan mundur
· Mengalami
kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan
perbandaran
· Tidak
terdapat pentadbiran pusat yang berkesan
· Kemusnahan
kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir
wilayah-wilayah
· Kemunculan
golongan baron (baron) yang berkuasa di wilayah yang diduduki
· Golongan
petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga
keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan
tanah
· Petani
yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai terpaksa menyerahkan tanah mereka
kepada tuan tanah seterusnya menjadi hamba
· Tuan
tanah mendapat perlidungan daripada golongan memberikan khidmat atau membayar cukai
kepada raja
· Hubungan
antara rakyat dengan tuan tanah dan hubungan raja dengan tuan tanah tersebut
adalah asas kepada sisitem feudal di Eropah
· Institusi
gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak
· Gereja
memberikan focus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan
· Gereja
mengongkong kehidupan masyarakat Eropah
· Kegiatan
perdagangan terbatas dan sering diganggu oleh sernagan orang gasar seperti
Viking dan Magyar
· Kegiatan
perdagangan ke Timur dikuasai orang Islam di kawasan Mediterranean
· Masyarakat
menumpukan kegiatan ekonomi sektor pertanian
· Perniagaan
barangan pertanian dikendalikan menerusi system tukaran barang kerana
penggunaan mata wang terhad
· Golongan
raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki
tanah di negeri masing-masing secara mutlak
· Pembesar
memberikan khidmat kepada pihak raja serta mendapat naungan daripada pihak
istana dan dianugerah tanah
· Rakyat
dipaksa memberikan khidmat kepada pembesar dengan mengerjakan tanah. Hasil
kutipan cukai diserahkan kepada raja
· Hamba
memberi khidmat kepada pembesar kerana gagal menjelaskan hutang
ii)
Nyatakan faktor-faktor tercetusnya Zaman
Renaissance di Itali
·
Renaissance berasal daripada perkataan
Itali ‘reniciment’ bermaksud kelahiran semula
·
Merujuk kepada penghargaan semula ilmu
pengetahuan zaman Rom dan Yunani
·
Kemunculan tokoh-tokoh seperti Niccolo
Machiavelli, Francesco Petrach, Giovanni Bocaccio, dan Leonardo da Vinci
·
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian
kepada permasalahan hidup
·
Kesediaan meneroka bidang dan kawasan
baru didorong semangat inkuiri yang kuat
·
Pertambahan penduduk
·
Peningkatan aktiviti pertanian
·
Kemunculan aktiviti perdagangan
·
Kewujudan Bandar-bandar seperti bandar
Milan, Florence dan Venice
·
Kedudukan Itali yang Strategik
dikelilingi Laut Mediterranean menjadi persimpangan utama dan pusat perdagangan
antarabangsa
·
Pertembungan budaya, bahasa dan agama
menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru
·
Lahir golongan pedagang kaya menjadi
petron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis
iii) Nyatakan
ciri-ciri Zaman Renaissnce
· Kemunculan
ramai pedagang kaya
· Pedagang-pedagang
kaya menjadi penaung kepada pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis
· Aktiviti
bukan bersifat keagamaan berkembang pesat
· Memuja
keindahan alam
· Mementingkan
pencapaian manusia
· Aliran
pemikiran humanisme berkembang
· Perkembangan
berlaku dalam bidang ilmu seperti sejarah, sastera, sains, dan undang-undang
· Banyak
penghasilan lukisan, seni arca dan seni binayang dicipta
· Peningkatan
perusahaan percetakan
· Perkembangan
ilmu
· Semangat
individualisme berkembang
· Pembinaan
kemahiran dalam semua aspek intelektual dan fizikal dalam kalangan individu
digalakkan
· Dari
segi geografi, kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi Laut
Mediterranean
· Semangat
dan amalan individualisme mendorong kemunculan pelukis dan pengukir ingin
dikenalisecara individu
3.
Kesan Zaman Renaissance.
Jelaskan
kesan-kesan dengan Zaman Renaissance di Eropah.
Kesan
politik:
· Kemunculan
monarki baru
· Pembayaran
cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
· Kuasa
gereja dan golongan bangsawan semakin kurang
· Wujud
monarki baru
· Sistem
perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang
· Kegiatan
ekonomi sara diri pupus
· Menekankan
keobjektifan dan eksperimen
· Perubahan
dalam pemikiran dan gaya hidup
· Lahir
budaya yang menyuburkan keyakinan diri
· Perubahan
sikap masyarakat terhadap pendidikan
· Manusia
Renaissance menggunakan minda untuk memajukan kehidupan semangat inkuiri dan
berani mencuba boleh mendorong kejayaan
· Perkembangan
kegiatan penerokaan dan penjelajahan
· Meninggalkan
hasil kesenian seperti lukisan, seni ukir, persuratan, politik ekonomi, dan
sosial
· Muncul
system feudal di mana golongan baron (tuan tanah) memaksa petani membayar cukai
yang tinggi kepada tuan tanah
· Kemunculan
monarki baru berasaskan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
· Kuasa
monarki diperkukuh dengan membayar cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
· Menyebabkan
kuasa gereja dan bangsawan semakin kurang
· Terdapat
di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Belanda, dan Perancis
Kesan
ekonomi:
· Kegiatan
ekonomi terhad yang mana pedagang diganggu oleh orang gasar
· Terpaksa
menumpukan kegiatan pertanian serta menjalankan system barter
· System
perdagangan tempatan dan antarabangsa semakinberkembang
· Bermulanya
penjelajahan dan penerokaan berikutan kemajuan dalam bidang matematik, astronomi,
geografi, dan kartografi
· Pengenalan
konsep ekonomi pasaran bebas (kapitalis)
Kesan
social:
· Pada
Zaman Gelap peranan gereja amat penting dan berfokus kepada kegiatan agama dan pembelajaran ilmu akhirat sahaja
· Zaman
Renaissance pula mereka bersedia menzahirkan emosi dalam muzik, lukisan dan
ukiran yang dihasilkan
· Perubahan
sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logic, falsafah
dan metafizik
· Pendidikan
menekankan tanggungjawab social seseorang dalam masyarakat
· Melahirkan
manusia yang menggunkan sepenuhnya kehidupan
4.
Semangat inkuiri menjadi pemangkin
kepada kemajuan masyarakat Eropah.
Bagaimanakah
semangat ini boleh dimanfaatkan oleh generasi hari ini bagi membangunkan negara?
· Pelbagai
teknologi baru dicipta
· Lebih
banyak penyelidikan dilakukan
· Semangat
meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan bertambah
· Bidang
pendidikan menjadi bidang keutamaan negara
· Meneroka
lebih banyak bidang baru
· Rakyat
akan menanam semangat tidak takut gagal (berani menghadapi risiko)
· Semangat
persaingan yang kuat memberikan hasil positif
· Berlaku
lebih banyak pemindahan teknologi antara negara
· Teknologi
maklumat menjadi keperluan asas dalam kehidupan
· Gajet
telekomunikasi akan mengalami perubahan pantas
· Rakyat
akan berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan
· Masyarakat
lebih kreatif
5.
Manfaat yang diperoleh negara kita
setelah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah.
Berdasarkan pemerhatian
anda, huraikan manfaat yang diperoleh negara kita setelah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara-negara Eropah.
· Pemindahan
teknologi
· Peningkatan
pelaburan dan modal asing
· Pasaran
yang lebih luas
· Pertukaran
tenaga kerja
· Memaksimumkan
penggunaan bahan mentah
· Meminumkan
cukai
· Aliran
bebas modal antarabangsa
· Meningkatkan
kualiti pengeluaran
· Menjalankan
penyelidikan
· Meningkatkan
daya kreativiti
· Member
kesan positif dari aspek keselamatan
· Mengukuhkan
hubungan social di antara negara
· Mengukuhkan
nama negara di peringkat antarabangsa
· Member
impak positif dalam aspek pelancongan
6. Cabaran
melahirkan masyarakat Maaysia berminda kelas pertama.
i)
Jelaskan cabaran yang dihadapi untuk
melahirkan masyarakat Malaysia berminda kelas pertama.
·
Masyarakat berminda kelas pertama adalah
masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang,
berintegriti, dan memiliki kekuatan moral
·
Tahu menghayati dan menghargai budaya,
kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya
·
Identiti nasionalnya kekal terserlah
·
Melalui pembinaan jati diri yang kukuh –
tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi
·
Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada raja dan negara
·
Penguasaan ilmu yang tinggi, sikap
proaktif, kekayaan morality
·
Budaya menyumbang untuk kepentingan
bersama dan pembangunan yang bersifat holistic
ii)
Nyatakan langkah-langkah untuk
menghadapi cabaran tersebut.
·
Peranan kerajaan merancang strategi
·
Rakyat memperkasa diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran
·
Membudaya semangat pendidikan sepanjang
hayat
·
Mengamalkan nilai-nilai murni
·
Menghayati budaya kerja berprestasi
tinggi
·
Pendidikan berkualiti dan relevan dengan
kehendak industry dan pasaran
·
Mewujudkan hubungan harmoni majikan
dengan pekerja
·
Kukuhkan perpaduan rakyat
·
Berani meneroka teknologi bahru
·
Meneroka pasaran baru
·
Menjadi pusat kecemerlangan ilmu
(Mana-mana
jawapan munasabah)
7.
Penerepan nilai-nilai murni / iktibar /
patriotism daripada Zaman Renaissance di Eropah untuk memajukan negara kita.
Nyatakan nilai-nilai
murni / iktibar / patriotism daripada Zaman Renaissance di Eropah yang boleh
diterapkan untuk memajukan negara kita.
·
Berdikari
·
Berani menghadapi cabaran
·
Rajin berusaha
·
Berdaya saing
·
Semangat untuk berubah
·
Semangat meneroka
·
Bercita-cita tinggi
·
Penguasaan ilmu pengetahuan
·
Memanfaatkan kurniaan Tuhan
·
Menguasai kemahiran
·
Kegigihan
(Mana-mana
jawapan musnasabah)
8. Rumusan
·
Kejayaan Eropah hari ini banyak
bergantung kepada nilai-nilai murni yang diterapkan di alam minda ahli
masyarakatnya pada zaman itu
·
Keupayaan diri untuk merealisasikan
sesuatu yang menkagumkan masyarakat sekitar mendorong banyak ciptaan baru
·
Manfaat bukan hanya diperoleh masyarakat
Eropah pada waktu itu malah kepada masyarakat dunia hari ini
·
Iktibar daripada peristiwa ialah harus
rajin berusaha
·
Berdaya saing dan semangat untuk berubah
·
Semangat meneroka dan bercita-cita
tinggi
·
Justeru, rakyat Malaysia seharusnya
dapat mengambil iktibar daripada Eropah untuk meraih kegemilangan dalam semua bidang
pada masa depan
TINGKATAN 5
BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Soalan Umum:
Negara dan bangsa Malaysia telah bermula
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Soalan Khusus:
Bincangkan tanggungjawab generasi kini
dalam memastikan proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu
padu.
1.
Pengenalan (5
markah)
Jelaskan latar belakang pembinaan negara
dan bangsa.
·
Pelajar perlu
menerangkan konsep negara dan bangsa.
·
Rujuk Buku Teks Sejarah
tingkatan 5 (muka surat 65-67)
2.
Memahami(30
markah)
Jelaskan pembentukan negara Eropah dan
Malaysia
·
Pelajar mengemukakan
jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan bangsa moden di Eropah(10
markah),Itali(10 markah),Jerman( 5 markah) dan Malaysia(5 markah)
·
Rujuk Buku Teks Sejarah
tingkatan 5 (Muka Surat 67-71)
3.
Menganalisis(15
markah)
Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa
Malaysia
·
Pelajar mengemukan
jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat Melayu tradisional
dan proses pembentukan negara dan bangsa Malaysia.
·
Rujuk Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5(Muka Surat 65-71)
4.
Mengaplikasi(15
markah)
Perpaduan sangat penting dalam sesebuah
negara.Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mengeratkan perpaduan bangsa
· -Mengamalkan prinsip
Rukun Negara Malaysia
· -Menghormati bendera
Malaysia
· -Taat setia kepada raja
dan negara
· -Mengamalkan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
· -Menghormati adat dan
budaya setiap kaum
· -Menghormati kebebasan
beragama
· -Menghormati prinsip
demokrasi
· -Mengamalkan konsep satu
Malaysia
· -Bersemangat menyanyikan
Lagu Negaraku
· -Menyahut cabaran
“Malaysia Boleh”
· -Menghormati bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
· -Menghormati suara ramai
· -Mewujudkan hubungan
harmoni antara kaum contoh mengunjungi “rumah terbuka” sewaktu perayaan.
· - Membudayakan aktiviti
gotong-royong contoh di kawasan tempat tinggal( taman perumahan)
· -Semangat kejiranan
contoh menziarahi dan menolong jiran
sewaktu sakit
· -Aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan
· -Melibatkan diri dalam
program perpaduan
5.
Menilai ( 10
markah)
Nyatakan kejayaan negara dan bangsa
Malaysia yang membanggakan kita?
· -Kejayaan Malaysia
menghasilkan jenama buatan sendiri seperti terciptanya kereta nasional(PROTON),kini
kita ada proton Saga,Wira,Iswara dan sebagainya.
· -Rakyat Malaysia hidup
dalam keadaan aman dan damai
· -Kejayaan Malaysia
membina Menara Berkembar Petronas
· -Malaysia berjaya
membina sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Malaysia
· -Malaysia berjaya
membina Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan komunikasi ketujuh
tertinggi di dunia(421 meter)
· -Malaysia berjaya
membina KLIA yang diiktiraf antara sepuluh lapangan terbang terbaik di dunia.
· - Malaysia berjaya
melahirkan dua orang angkasawan negara yang amat membanggakan iaitu datuk -Sheik
Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz Khaleed.
· -Malaysia berjaya
membina Litar Antarabangsa
Sepang untuk Formula
Satu, Grand
Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain.
· -Malaysia
mampu melahirkan tokoh sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei,
Nicol -Ann David, Azizul Hasni Awang dan lain lagi.
· - Membina lebih banyak
Pusat pengajian tinggi dan melahirkan
lebih ramai intelektual bijak pandai
6.
Menjana Idea(10
markah)
Berikan beberapa cadangan anda untuk
menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang maju.
· -Melahirkan insan yang
seimbang dalam pendidikan
· -Melahirkan pemimpin
yang berwawasan seperti Dato Seri Dr
Mahadir Mohammad
· -Melahirkan pemimpin
yang cemerlang
· -Bangsa malaysia
haruslah sentiasa bersedia untuk bekerjasama
· -Menambah bilangan
penuntut PHD
· -Menghargai sistem
pendidikan negara
· -Membudayakan pendidikan
sepanjang hayat
· -Menghargai para ilmuan
· -Meluaskan capaian internet
· -Meningkatkan perpaduan
kaum
· -Bersemangat kekitaan
· -Menyokong dasar-dasar
negara
7.
Ikhtibar ( 10
markah)
Apakah cara untuk melahirkan generasi yang patriotik?
· - Cintakan negara
· -Setia kepada negara
· -Berani berjuang
· -Bersemangat kental
· -Menghormati keluhuran perlembagaan
· -Menghormati raja dan
pemimpin negara
· -Menghormati
lambang-lambang negara
· -Menyanjung warisan
bangsa
· -Bersyukur dengan
kemerdekaan negara
· -Mengibarkan bendera
Malaysia sempena kemerdekaan negara
· -Sangup mempertahankan
maruah negara
· -Mempertahankan hak
bangsa
· -Menghargai pejuangan
tokoh tanah air
8. Merumus( 5 markah)
Merumus isi yang telah dibincangkan.
-- Pengetahuan yang
diperoleh
-- Iktibar kepada
bangsa,diri dan negara
-- Harapan untuk masa
hadapan Malaysia yang lebih cemerlang
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia
adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita dan dibentuk melalui prinsip
rukun negara, penggunaan satu bahasa kebangsaan dan pengamalan dasar kebudayaan
kebangsaan.
Menjadi
tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk cintakan negara,
mempertahankan negara serta menjaga kedaulatan negara.
Harapan
untuk masa hadapan malaysia yang lebih gemilang adalah dengan melahirkan warga
negara yang setia kepada negara dan
berkorban apa sahaja untuk negara.
8. Merumus( 5 markah)
Subscribe to:
Posts (Atom)